11 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1666 Topik adalah Penyakit. Dari Ibnu 'Abbas r.a., ketika Rasulullah saw. sedang ihram, beliau berbekam di kepalanya, kerana beliau menderita sakit kepala. |
12 | Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1173 Topik adalah HajiUmrh. Dari Ibnu BUhainah r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam di tengah-tengah kepalanya dalam perjalanan ke Mekah, padahal beliau sedang ihram." |
13 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1663 Topik adalah Penyakit. Dari Ibnu 'Abbas r.a.. dari Nabi saw.: "Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi panas. Tetapi aku melarang umat ku membakar dengan besi panas itu." |
14 | Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1534 Topik adalah Tani. Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Seburuk-buruk usaha ialah usaha pelacuran, jual beli anjing, dan usaha tukang bekam." |
15 | Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1535 Topik adalah Tani. Dari Rafi' bin Khadij r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya: "Wang hasil jual-beli anjing najis, penghasilan pelacur najis, dan usaha tukang bekam najis." |
16 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1027 Topik adalah JualBeli. Dan 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Saya melihat bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam, lalu saya bertanya kepada bapa. Jawab beliau, "Nabi saw. hanya melarang jual-beli anjing dan jual-beli darah kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah, memakan riba dan memberi orang supaya memakannya, dan beliau mengutuk orang yang membuat patung." |