1 | Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1545 Topik adalah Tani. Dari Humaid r.a., katanya: "Anas bin Malik ditanya orang tentang tukang bekam. Jawab Anas, "Rasulullah saw. pernah berbekam. Yang membekamnya ialah Abu Thaibah. Setelah selesai berbekam, Rasulullah saw. memerintahkan supaya memberi Abu Thaibah dua gantang makanan, dan beliau menganjurkan kepada majikan Abu Thaibah supaya meringankan tugas yang dibebankan kepadanya. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya berbekam itu termasuk cara pengubatan yang utama, atau termasuk ubat yang baik." |
2 | Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1546 Topik adalah Tani. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam kepada seorang hamba sahaya kepunyaan Bani Bayadhah. Lalu beliau memberi upah kepadanya, dan menganjurkan kepada majikan sahaya (tukang bekam) itu supaya meringankan tugas kewajibannya. Andaikata usaha bekam itu haram, tentu Nabi saw. tidak akan memberi upah kepadanya." |
3 | Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2069 Topik adalah Salam. Dari Jabir r.a. katanya: "Ummu Salamah pernah minta izin kepada Rasulullah saw. untuk berbekam lalu Nabi saw. menyuruh Abu Thaibah membekamnya." Kata Jabir selanjutnya, "Menurut dugaanku, Abu Thaibah tentulah saudara susuan Ummu Salamah, atau mungkin seorang anak yang belum dewasa." |
4 | Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2071 Topik adalah Salam. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: "Bahawasanya Nabi saw. pernah berbekam dan memberi upah kepada tukang bekam, dan beliau pernah pula memakai ubat titis hidung." |
5 | Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2068 Topik adalah Salam. Dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawasanya dia pergi mengunjungi Al Muqanna' yang sedang sakit. Kemudian dia berkata, "Aku tidak akan meninggalkan tempat ini sehingga engkau berbekam. Kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya berbekam itu adalah suatu cara pengubatan." |
6 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1035 Topik adalah JualBeli. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. berbekam, kemudian diberinya orang yang membekam itu (upah). Jikalau pemberian itu haram, tentulah beliau tidak akan memberinya." |
7 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0961 Topik adalah Puasa. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. pernah berbekam, padahal beliau sedang puasa." |
8 | Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1172 Topik adalah HajiUmrh. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya Nabi saw. pernah berbekam padahal beliau sedang ihram. |
9 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1034 Topik adalah JualBeli. Dari Anas Malik r.a., katanya: "Abu Thaibah. membekam Rasulullah saw. Maka beliau memerintahkan supaya dia diberi segantang kurma. Kemudian beliau perintahkan pula kepada keluarganya, supaya mereka membantunya meringankan pembayarannya." |
10 | Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0898 Topik adalah Haji. Dari Ibnu Buhainah r.a., katanya: Nabi saw. pernah berbekam di tengah-tengah kepalanya ketika beliau berada di Lahyil Jamal, padahal beliau ketika itu sedang ihram." |