1 | Surah AlGhaasyiah. Ayat 020. Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan? |
2 | Surah Nuh. Ayat 019. Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan, |
3 | Surah AnNaazi'aat. Ayat 030. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya); |
4 | Surah AsySyams. Ayat 006. Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya); |
5 | Surah AdzDzariyaat. Ayat 048. Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang menghamparkannya. |
6 | Surah AlGhaasyiah. Ayat 016. Serta hamparan-hamparan yang terbentang. |
7 | Surah AzZukhruf. Ayat 010. (Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Ia telah mengadakan bagi kamu di bumi jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu mendapat petunjuk (ke arah yang dituju). |
8 | Surah AlA’raaf. Ayat 041. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api Neraka dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api Neraka) dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keingkarannya). |
9 | Surah AlInsyiqaaq. Ayat 003. Dan apabila bumi diratakan, |
10 | Surah AnNaba'. Ayat 006. (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? |