Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

11  
Surah Maryam. Ayat 040.

Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan.

12  
Surah Taahaa. Ayat 053.

(Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya.

13  
Surah ArRahman. Ayat 054.

Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.

14  
Surah AlZalzalah. Ayat 003.

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi?

15  
Surah ‘Abasa. Ayat 027.

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian,

16  
Surah AlMu’minun. Ayat 112.

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?

17  
Surah Ali'Imran. Ayat 005.

Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

18  
Surah AnNuur. Ayat 042.

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk).

19  
Surah AlHujurat. Ayat 018.

Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

20  
Surah ArRahman. Ayat 026.

Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa