21 | Surah AlZalzalah. Ayat 002. ![]() Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, |
22 | Surah AtTur. Ayat 036. ![]() Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). |
23 | Surah Ali'Imran. Ayat 189. ![]() Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. |
24 | Surah Faatir. Ayat 044. ![]() (Dan sebagai buktinya): Tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun samada di langit atau di bumi; sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. |
25 | Surah Taahaa. Ayat 055. ![]() Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu, dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi. |
26 | Surah AlKahfi. Ayat 084. ![]() Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. |
27 | Surah AlAnbiyaa'. Ayat 021. ![]() Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati? |
28 | Surah Qaf. Ayat 007. ![]() Dan juga (keadaan) bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan ia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis tanaman yang indah subur? |
29 | Surah AsySyu’araa. Ayat 152. ![]() Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan. |
30 | Surah AnNisaa'. Ayat 126. ![]() Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah sentiasa Meliputi (pengetahuanNya dan kekuasaanNya) akan tiap-tiap sesuatu. |