11 | Surah Maryam. Ayat 040. ![]() Sesungguhnya Kamilah yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan. |
12 | Surah Taahaa. Ayat 053. ![]() (Dialah Tuhan) yang telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan dan Ia telah mengadakan bagi kamu padanya jalan-jalan lalu-lalang dan Dia juga telah menurunkan hujan dari langit. Maka Kami keluarkan dengannya berjenis-jenis tanaman dan buah-buahan yang berlainan keadaannya. |
13 | Surah ArRahman. Ayat 054. ![]() Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. |
14 | Surah AlZalzalah. Ayat 003. ![]() Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? |
15 | Surah ‘Abasa. Ayat 027. ![]() Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, |
16 | Surah AlMu’minun. Ayat 112. ![]() Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? |
17 | Surah Ali'Imran. Ayat 005. ![]() Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit. |
18 | Surah AnNuur. Ayat 042. ![]() Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan kepada Allah sahaja tempat kembali (sekalian makhluk). |
19 | Surah AlHujurat. Ayat 018. ![]() Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. |
20 | Surah ArRahman. Ayat 026. ![]() Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa |