1 | Surah AtTakwiir. Ayat 002. Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; |
2 | Surah AlZalzalah. Ayat 006. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. |
3 | Surah AlInfitar. Ayat 002. Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; |
4 | Surah AtTakwiir. Ayat 015. Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul; |
5 | Surah AlMulk. Ayat 005. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan dan Kami sediakan bagi mereka azab Neraka yang menjulang-julang. |
6 | Surah AlBuruj. Ayat 001. Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; |
7 | Surah AlMursalat. Ayat 008. Oleh itu, apabila bintang-bintang (binasa dan) hilang lenyap; |
8 | Surah AtTur. Ayat 049. Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu subuh). |
9 | Surah AsSaaffat. Ayat 006. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan hiasan bintang-bintang. |
10 | Surah AnNahl. Ayat 016. Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. |