Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

21  
Surah Taahaa. Ayat 127.

Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

22  
Surah AnNahl. Ayat 039.

( Allah menghidupkan semula orang-orang yang mati) untuk menerangkan kepada mereka apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya orang-orang kafir mengetahui bahawa mereka adalah orang-orang yang berdusta.

23  
Surah AlWaqi'ah. Ayat 002.

Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

24  
Surah AtTaubah. Ayat 063.

Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahannam serta dia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar.

25  
Surah AlAnbiyaa'. Ayat 102.

Mereka tidak mendengar suara (julangan) api Neraka itu dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat-nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka.

26  
Surah AlMu’min. Ayat 006.

Dan demikianlah juga tetapnya hukuman Tuhanmu terhadap orang-orang yang kafir, kerana sesungguhnya mereka ialah ahli Neraka.

27  
Surah AlA’raaf. Ayat 050.

Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli Neraka dengan firmannya): Ahli Neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu. Mereka (ahli Syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir.

28  
Surah ArRahman. Ayat 043.

(Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya.

29  
Surah AsSaaffat. Ayat 152.

Allah beranak; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!

30  
Surah AlMaa’idah. Ayat 080.

Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka).