Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

11  
Surah AlHasyr. Ayat 017.

Maka kesudahan keduanya, bahawa mereka ditempatkan di dalam Neraka, kekal mereka di dalamnya dan yang demikian itulah balasan makhluk-makhluk yang zalim.

12  
Surah AlHumazah. Ayat 003.

Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

13  
Surah AlA'laa. Ayat 017.

Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

14  
Surah AtTur. Ayat 014.

(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.

15  
Surah AlAnbiyaa'. Ayat 099.

Kalaulah mereka (yang kamu sembah) itu tuhan-tuhan, tentulah mereka tidak masuk ke dalam Neraka dan (ketahuilah), semuanya (yang menyembah dan yang disembah) akan kekal dalam Neraka selama-lamanya.

16  
Surah AlBaqarah. Ayat 082.

Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

17  
Surah Yunus. Ayat 017.

Dengan yang demikian, tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa itu tidak akan berjaya.

18  
Surah AtTaghabun. Ayat 010.

Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka, kek Allah mereka di dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

19  
Surah AlHajj. Ayat 057.

Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan kami, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina.

20  
Surah AzZukhruf. Ayat 074.

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa (dengan kekufurannya), kekal selama-lamanya di dalam azab seksa Neraka Jahannam.