Hadis Sahih Muslim No. 2520 Jilid 4 Topik adalah Zuhud 2520. Dari Thariq bin Syihab r.a. katanya seorang lelaki Yahudi datang kepada Khalifah 'Umar seraya berkata, "Ada sebuah ayat dalam Kitab Anda (Al Quran) yang selalu Anda baca, seandainya ayat itu turun kepada kami kaum Yahudi, nescaya kami jadikan hari turun ayat itu sebagai hari besar kami." Tanya 'Umar, "Ayat apa itu?" Jawabnya, "Hari ini Kusempurnakan bagi mu agamamu dan Ku-sempurnakan atasmu nikmatKu dan Aku rela Islam menjadi agamamu." (Al Maidah, 5 :3). Kata 'Umar, "Aku tahu hari dan tempat ayat itu diturunkan. Ayat itu diturunkan kepada Raaulullah saw. di 'Arafah pada hari Jumaat." |