Taburan Persamaan Ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
Penjanaan persamaan dalam Hadis Terjemahan Melayu.
Skrin biasa. Penskelan dilaksana.
Sahih Muslim (2480)
Hadis Sahih Muslim No. 2480 Jilid 4 Topik adalah Kiamat
2480. Dari Nawas bin Sam'an r.a. katanya: "Pada suatu pagi Rasulullah saw. berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang beliau merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasa seolah-olah berada dalam kelompok lebah. Petang hari kami mendatangi beliau. Beliau sudah tahu persoalan kami. Tanya beliau, "Apa khabar kalian?" Jawab kami, "Ya, Rasulullah! Tadi pagi Anda berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang Anda merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasa seolah-olah berada dalam kelompok lebah." Jawab Rasulullah saw., "Bukan Dajjal yang mengkhuatirkan ku terhadap kamu sekalian. Jika dia muncul, dan aku masih berada di antara kamu, tentu aku akan membelamu terhadapnya. Dan jika dia muncul, sedangkan aku sudah tidak berada di sampingmu, maka ummat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Ta'ala pengganti ku menjadi pembela atas setiap orang muslim. Dajjal pemuda berambut keriting, matanya picik (buta matanya sebelah). Aku lebih condong mengatakannya serupa dengan Abdul 'Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kamu bertemu dengannya, bacakan kepadanya permulaan surat Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!" Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Berapa lama dia tinggal di bumi?" Jawab Rasulullah saw., "Empat puluh hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan, dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang." Tanya kami, "Ya, Rasulullah! Ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?" Jawab beliau, "Tidak! Tetapi hitunglah bagaimana patutnya." Tanya kami, "Berapa kecepatannya (berjalan) di bumi?" Jawab beliau, "Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya iman kepadanya, lalu mereka iman dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkannya langit supaya hujan maka turunlah hujan. Diperintahkannya bumi supaya subur, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu lebih besar kerana cukup makan. Kemudian didatanginya kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya iman kepadanya. Tetapi mereka menolak ajakannya. Maka dia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kontang dan kekayaan mereka habis sama sekali. Kemudian dia lalu di suatu negeri yang telah rosak binasa. Katanya, "Keluarkan perbendaharaanmu!" Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggilnya seorang muda remaja lalu dipukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu belah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang telah terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa. Sementara Dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merosak, Allah Ta'ala membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara putih sebelah timur Damsyiq, memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan turun, dan apabila dia mengangkat kepala berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak diperkenankan mencium bau nafasnya. Siapa yang menciumnya dia terus mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicarinya Dajjal bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya Dajjal. Kemudian didatanginya kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikhabarkannya kepada mereka kedudukannya di syurga. Allah mewahyukan kepada 'Isa a.s., Aku akan mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tak terkalahkan oleh siapa pun. Kerana itu selamatkanlah hamba-hamba-Ku (yang saleh) ke bukit." Lalu Allah Ta'ala membangkitkan Ya'juj dan Ma'juj. Mereka turun melanda dari tempat yang tinggi. Gelombang pertama melalui telaga Thiber, lalu mereka minum habis air telaga tersebut. Kemudian lewat pula rombongan yang lain. Kata mereka, "Sesungguhnya dahulu di sini ada air." Nabi 'Isa dan para sahabat beliau terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka daripada seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan). Nabiyallah 'Isa dan para sahabat beliau mendoa semoga Allah Ta'ala menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj. Maka dikirim Allah kepada mereka penyakit hidung seperti pada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian Nabi 'Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapatinya melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabiyallah 'Isa dan para sahabatnya mendoa semoga Allah sudi menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka dikirim Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian diturunkan Allah hujan, sehingga walaupun rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu dibersihkannya sehingga bumi kelihatan seperti kaca. Kemudian diperintahkan Allah kepada bumi, "Tumbuhkan tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikan keberkatanmu!" Ketika itu sekelompok keluarga kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung. Susu seekor sapi cukup untuk orang satu qabilah. Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka sedang berada dalam keredhaan Tuhan yang demikian, tiba-tiba Allah mengirim angin baik melalui ketiak mereka, maka tercabut ruh setiap orang mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang-orang jahat belaka, bercampur-baur seperti keldai. Maka ketika itu terjadilah kiamat."

Surah-surah Makkiyah dan Madaniyyah
Hadis-hadis riwayat Bukhari dan Muslim
    
    2944444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444429
    2898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678928
    2744444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444427
    2698765432109876543210987654Kebajikn(2246)9876543210123456Hudaibyh(1255)1234567890123456789012345678926
    254444444444333333333322222Kiamat(2468)1110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444425
    2498765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678924
    2344444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444423
    22987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012Solat(0476)456789012345678922
    214444444444333HajiUmrh(1214)222111111111100000000000000000001111111111222222Haid(0310)3333444444444421
    20987654321Syaitan(1466)7654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678920
    19444444444Zuhud(2496)222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444419
    1898765432Nabi(1504)109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678JualBeli(1108)345678918
    174444444444333333333322222222221111111111000000000000000000011111111112222222222Perintah(1874)44444417
    1698JualBeli(1033)3210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123Solat(0774)5678916
    154Kebajikn(2196)333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333Iman(0141)4444415
    1498Iman(0030)76543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678914
    13444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333Iman(0026)4413
    129Nabi(1500)876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678912
    1144444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333Tani(1134)11
    1098765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678910
    *9444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*9
    *8987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*8
    *7444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*7
    *6987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*6
    *5444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*5
    *4987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*4
    *3444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*3
    *2987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*2
    *1444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*1
    *09876543210987654321098765432109876543210987Kiamat(2480)67890123456789012345678901234567890123456789*0
    *1444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*1
    *2987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*2
    *3444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*3
    *4987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*4
    *5444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*5
    *6987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*6
    *7444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*7
    *8987654321098765432109876543210987654321098765432101234567890123456789012345678901234567890123456789*8
    *9444444444433333333332222222222111111111100000000000000000001111111111222222222233333333334444444444*9
    1098765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678910
    1144444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444411
    12Taubat(2376)76543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678912
    1344444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444413
    14JualBeli(1024)54321098765432109876543210987654321012345678901234567890123456789012345Solat(0518)78914
    15444Kacau(1873)333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333Perintah(1998)4415
    169876Iman(0155)543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678916
    17444444Nabi(1499)3333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444417
    189876543Solat(0854)10987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678918
    194444444444Nabi(1501)222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444419
    209876543210Aisyah(1238)7654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678920
    214444444444333Nabi(1502)222222211111111110000000000000000000111111111122222Jenazah(0709)33444444444421
    22987654321098765Puasa(0943)3210987654321098765432101234567890123456789012Mimpi(1855)456789012345678922
    2344444444443333333Solat(0542)2211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444423
    2498765432109876543210Perintah(1901)543210987654321012345678901234Nabi(1475)567890123456789012345678924
    2544444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111Perang(1409)222223333333333444444444425
    26987654321098765432109876543210987Puasa(1074)5432101234Janji(1563)678901234567890123456789012345678926
    2744444444443333333333222222222211111111110000000000000000000111111111122222222223333333333444444444427
    2898765432109876543210987654321098765432109876543210123456789012345678901234567890123456789012345678928