Hadis Sahih Muslim No. 2475 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2475. Dari 'Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw. lalu kami bertemu dengan beberapa orang anak, di antara mereka terdapat Ibnu Shayyad. Anak-anak lari semuanya kecuali Ibnu Shayyad, dia duduk saja. Agaknya Rasulullah saw. tidak menyukai hal itu. Maka berkata Nabi saw. kepadanya, "Semoga engkau beruntung. Adakah engkau mengakui bahawa aku Rasulullah?" Jawab Ibnu Shayyad, "Tidak! Bahkan Andalah yang harus mengakui bahawa aku Rasulullah." Maka berkata 'Umar bin Khaththab, "Biarkan aku, ya Rasulullah! Ku bunuh dia!" Sabda Rasulullah saw., "Jika benar apa yang dikatakannya, engkau tidak akan sanggup membunuhnya (kerana mungkin dia Dajjal)." |