Hadis Sahih Muslim No. 2465 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2465. Dari Hudzaifah r.a. katanya: "Pada suatu ketika kami berada bersama 'Umar lalu dia bertanya: "Siapakah di antara saudara-saudara yang hafal hadis Rasulullah saw. mengenai fitnah (bencana) sebagaimana pernah disabdakan beliau?" Jawab ku, "Aku!" Kata 'Umar, "Engkau sungguh berani! Nah, bagaimana sabda beliau?" Jawab ku, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Fitnah (bencana atau kekacauan) seorang lelaki bersumber atau terletak pada isterinya, pada hartanya, pada dirinya, pada anaknya, pada tetangganya. Semuanya tidak melakukan puasa, tidak solat, tidak bersedekah (zakat), tidak mahu menganjurkan yang makruf dan mencegah yang mungkar." Kata 'Umar, "Bukan itu yang ku maksud. Tetapi ialah huru-hara yang menggelora bagaikan gelombang lautan." Jawab ku, "Anda tidak terlibat dalam peristiwa itu, ya Amirul Mukminin! Kerana antara Anda dengan bencana itu ada suatu pintu yang terkunci rapat." Tanya 'Umar, "Apakah pintu dipecah atau dibuka orang?" Jawab ku, "Tidak dibuka, tetapi dipecahkan orang." Kata 'Umar, "Kalau begitu perlu pintu itu tak dapat lagi dikunci untuk selama-lamanya." Kami bertanya kepada Hudzaifah, "Tahukah 'Umar, pintu itu pintu yang mana?" Jawab Hudzaifah, "Ya, seperti apa yang diketahui Umar malam ini, lepas daripada besok." |