Hadis Sahih Muslim No. 2459 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2459. Dari Ahnaf bin Qais r.a. katanya: "Aku keluar bermaksud hendak menolong orang ini. Tetapi Abu Bakrah menyusui ku lalu katanya, "Hai, Ahnaf! Hendak ke mana engkau?" Jawab ku, "Aku hendak membantu anak pakcik Rasulullah saw. (yakni 'Ali)." Kata Abu Bakrah, "Hai, Ahnaf! Pulanglah kembali! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Apabila dua orang muslim bekelahi dengan mempergunakan pedang masing-masing maka yang terbunuh dan membunuh masuk neraka." Aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Si pembunuh (wajar masuk neraka), tetapi mengapa yang terbunuh (masuk neraka pula"?" Jawab beliau, "Kerana dia sengaja pula hendak membunuh sahabatnya. " |