Hadis Sahih Muslim No. 2446 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2446. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang hamba telah diletakkan dalam kuburnya, para sahabatnya yang menghantar telah pulang, sesungguhnya dia mendengar bunyi terompah mereka, ketika itu datanglah kepadanya dua malaikat mendudukkannya. Lalu kedua bertanya, "Tahukah kamu, siapakah lelaki (Nabi Muhammad saw.) ini?" Kata Rasulullah saw., "Kalau mayat itu mayat seorang mukmin, dia akan menjawab, aku menjadi saksi bahawa dia itu seorang hamba Allah dan Rasul-Nya." Maka dikatakan kepadanya, "Lihatlah tempatmu yang sedianya di neraka, tetapi Allah Ta'ala telah menggantinya dengan tempat di syurga." Kata Nabi saw., "Maka diperlihatkan kepadanya tempat itu kedua-duanya sekaligus." |