Hadis Sahih Muslim No. 2443 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2443. Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila salah seorang kamu telah meninggal dunia, maka diperlihatkan Allah Ta'ala kepadanya pagi dan petang tempatnya di syurga jika dia akan menjadi penduduk syurga, atau tempat di neraka jika dia akan menjadi penduduk neraka. Seraya dikatakan kepadanya, inilah tempatmu. Begitulah seterusnya hingga Allah membangkitkanmu pada hari kiamat." |