Hadis Sahih Muslim No. 2440 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2440. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. berkhutbah memberi pengajaran kepada kami. Sabda beliau, "Hai, sekalian manusia! Kamu semuanya akan dikumpulkan ke hadapan Allah tanpa alas kaki, tanpa busana, dan tanpa dikhatan. (Bacalah firman Allah): "Seperti Kami ciptakan pada awal ciptaan, begitulah Kami kembalikan dia, itulah janji Kami yang pasti Kami tepati." (Al Anbiyit, 21 : 104). Ketahuilah! Makhluk yang mula-mula diberi pakaian pada hari kiamat adalah Ibrahim 'alaihissalam. Dan ketahuilah, bahawa beberapa umatKu akan dihadapkan lalu mereka ditarik ke kiri. Kataku, Wahai Tuhan ku! Mereka itu adalah sahabat-sahabatku!" Lalu dijawab oleh Allah, "Engkau tidak tahu apa-apa yang mereka perbuat sepeninggal mu." Maka ku jawab seperti jawapan hamba Allah yang saleh (Nabi 'Isa), "... aku menjadi saksi bagi mereka selama aku berada di antara mereka. Maka setelah aku wafat, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan engkau Maha Menyaksikan segala-galanya. Jika Engkau seksa mereka, sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Mu, dan jika Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al Maidah, 5 : 117 118), lalu dikatakan kepada ku, "Mereka telah murtad semenjak engkau tinggalkan." |