Hadis Sahih Muslim No. 2427 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2427. Dari Jabir r.a. katanya dia mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak berak, dan tidak membuang hingus." Tanya para sahabat, "Bagaimana makanan yang mereka makan?" Jawab beliau, "Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi. Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas kalian." |