Hadis Sahih Muslim No. 2426 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2426. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Rombongan yang pertama-tama masuk syurga mukanya seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, tidak membuang hingus dan tidak buang air di sana. Bejana dan sisir mereka dari emas dan perak. Pedupaan mereka memakai kayu gaharu yang harum. Keringat mereka harum bagaikan kasturi. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang kedua betisnya tembus pandang sehingga kelihatan sumsumnya di bawah kulit kerana sangat indahnya. Mereka tidak pernah bertengkar atau saling marah. Hati mereka selalu bersatu dalam bertasbih kepada Allah Ta'ala sepanjang pagi dan petang." |