Hadis Sahih Muslim No. 2425 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2425. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Rombongan yang mula-mula masuk syurga bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. (Rombongan) sesudah itu lebih cemerlang dari bintang-bintang yang gemerlapan. Mereka tidak buang air kecil dan tidak buang air besar. Tidak membuang ingus dan tidak meludah. Sisir mereka dari emas dan keringat mereka kasturi. Pedupaan mereka kayu gaharu yang harus. Isteri mereka bidadari, akhlak mereka sama. Bentuk mereka seperti nenek moyang mereka Adam, tinggi enam puluh hasta." |