Hadis Sahih Muslim No. 2424 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2424. Dari Muhammad r.a. katanya : "Pada suatu ketika para sahabat berlumba cepat saling mengingatkan (berdiskusi): Manakah penduduk syurga yang lebih banyak lelaki atau perempuan?" Kata Abu Hurairah. "Bukankah Rasulullah saw. telah bersabdakan bahawa rombongan yang pertama-tama masuk syurga mereka bercahaya-cahaya bagaikan bulan purnama. Sesudah itu (rombongan) yang menyusul bagaikan bintang gemerlapan di langit. Setiap lelaki mempunyai dua isteri yang keduanya mempunyai betis tembus pandang sehingga kelihatan jantung betisnya bahagian dalam. Dan di dalam syurga tidak ada lelaki yang membujang." |