Hadis Sahih Muslim No. 2423 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2423. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik/tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah, didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaian mu tambah indah sepeninggal ku." Jawab isterinya, "Engkau, demi Allah, sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu." |