Hadis Sahih Muslim No. 2422 Jilid 4 Topik adalah Akhirat 2422. Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak penduduk syurga akan melihat sebuah kamar di atas mereka, terlihat seperti bintang bercahaya gemerlapan jauh di ufuk Timur atau di Barat kerana perbezaan kedudukan mereka." Tanya para sahabat, "Ya, Rasulullah! Apakah itu tempat para Nabi yang tidak tercapai oleh orang lain selain mereka?" Jawab beliau, "Demi Allah yang diri ku dalam kuasa-Nya, bahkan itu tempat orang-orang yang beriman kepada Allah dan mempercayai para Rasul." |