Hadis Sahih Muslim No. 2415 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2415. Dari 'Aisyah r.a. isteri Rasulullah saw., dia mengkhabarkan bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Tingkatkan amalmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amal seseorang tiada dapat memasukkannya ke syurga." Tanya para sahabat, "Amal Anda juga begitu, ya Rasulullah?" Jawab beliau, "Amal ku juga begitu. Tetapi Allah Ta'ala melimpahi ku dengan rahmat-Nya. Dan ketahuilah, bahawa amal yang paling disukai Allah Ta'ala ialah amal yang dikerjakan secara terus-menerus (kontinyu) walaupun sedikit." |