Hadis Sahih Muslim No. 2411 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2411. Dari 'Aisyah r.a. isteri Rasulullah saw., dia menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah saw. pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata 'Aisyah, "Kerana itu aku cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkah lakuku lalu beliau bertanya, "Mengapa engkau, hai 'Aisyah, cemburukah?" Jawab ku, "Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti Anda?" Tanya beliau, "Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?" Jawab 'Aisyah, "Ya, Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?" Jawab beliau, "Ya!" Tanya ku, "Apakah setiap orang begitu?" Jawab, "Ya!" Tanya, "Anda sendiri juga?" Jawab, "Ya! Tetapi aku dilindungi Tuhan ku sehingga aku selamat. " |