Hadis Sahih Muslim No. 2402 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2402. Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Kelak di akhirat, penduduk neraka yang hidup serba nikmat di dunia, dia akan dibenamkan ke dalam api kemudian di tanya, "Hai anak Adam! Adakah kamu menerima kebaikan dan merasa kenikmatan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan!" Kemudian dihadapkan pula penduduk syurga yang hidup di dunia serba susah. Dia dimasukkan ke syurga kemudian ditanya, "Adakah kamu mengalami kesengsaraan dan merasai kesusahan?" Jawabnya, "Tidak, demi Allah, ya Tuhan! Aku tidak mengalami sengsara dan tidak merasa susah." |