Hadis Sahih Muslim No. 2393 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2393. Dari Khabbab r.a. katanya : "Aku mempunyai piutang pada Ash bin Wail. Kerana itu aku mendatanginya untuk menagih." Jawab 'Ash kepada ku, "Aku tidak akan membayar sebelum engkau kafir dengan Muhammad." Jawab ku, "Aku sekali-kali tidak akan kafir kepadanya sampai mati, kemudian sampai berbangkit." Kata 'Ash bin Wail, "Aku juga akan dibangkit kembali sesudah mati, kerana itu akan ku bayar kelak kepada mu bila aku telah menemukan harta dan anak-anakku." Sesudah itu turunlah ayat ini : "Sudah tahukah kamu bahawa orang-orang yang kafir dengan ayat-ayat Kami berkata, pasti aku akan diberi harta dan anak " (Mariam, 19 : 77). |