Hadis Sahih Muslim No. 2392 Jilid 4 Topik adalah Kiamat 2392. Dari Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu ketika aku berjalan-jalan bersama Nabi saw. di sebidang kebun, beliau bertongkat pelepah kurma. Tiba-tiba lalu serombongan orang-orang Yahudi. Setengah mereka berkata kepada yang lain, "Tanyakanlah kepadanya (Nabi saw.) masalah ruh!" Kata yang lain, "Tidak ada faedahnya ditanya kepadanya. Nescaya jawapannya akan menjengkelkanmu." Kata yang lain pula, "Tanya sajalah!" Maka datanglah sebahagian mereka kepada beliau menanyakan perihal ruh. Kata Abdullah, (Setelah mendengar pertanyaan mereka) Rasulullah saw. terdiam, tidak langsung menjawab apa-apa. Aku tahu ketika itu beliau sedang mendapat wahyu. Kerana itu aku tetap saja di tempatku. Setelah wahyu selesai turun, beliau membaca ayat: "Dan mereka bertanya kepada mu perihal ruh. Katakanlah ruh itu urusan Tuhan ku dan kamu tidak diberi pengetahuan tentang masalah itu melainkan hanya sedikit." (Al Isra,7:85). |