Hadis Sahih Muslim No. 2381 Jilid 4 Topik adalah Munafik 2381. Dari Zaid bin Tsabit r.a. katanya: "Ketika Nabi saw. berangkat ke medan perang Uhud, beberapa orang yang ikut berangkat bersama-sama beliau pulang kembali di tengah perjalanan. Kerana itu para sahabat Nabi saw. berbeza pendapat mengenai mereka menjadi dua golongan: Sebagian mengatakan mereka harus diperangi dan sebahagian lagi mengatakan jangan diperangi. Kerana itu turunlah ayat: "Mengapa kamu menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang munafik.." (An Nisaa', 4:88). |