Hadis Sahih Muslim No. 2378 Jilid 4 Topik adalah Munafik 2378. Dari Zaid bin Arqam r.a. katanya: "Kami berpergian bersama-sama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan di mana rombongan kami ditimpa kesulitan (berupa kelaparan). Maka berkata Abdullah bin Ubay (seorang tokoh munafik) kepada kawan-kawannya, "Jangan dibantu orang-orang yang setia kepada Rasulullah agar mereka lari daripadanya." Selanjutnya dia berkata pula. "Jika kita kembali ke Madinah, orang yang kuat akan mengusir orang yang lemah." Kata Zaid, "Aku datang kepada Rasulullah saw. melaporkan ucapan-ucapan Abdullah bin Ubay tersebut." Beliau mengirim orang kepada Abdullah untuk memeriksa kebenaran laporan ku itu. Setelah ditanyakan, ternyata Abdullah tidak mengaku bahawa dia telah mengucapkan kata-katanya itu, bahkan dia bersumpah-sumpah. Katanya, "Si Zaid itu telah mendustai Rasulullah saw." Kata Zaid, "Aku mendapat kesulitan sendiri kerana pengakuan Abdullah yang bohong itu. Tetapi akhirnya turun wahyu yang membenarkan ku, iaitu ayat: "Apabila datang kepada mu orang-orang munafik.." (Al Munafiqun, 63 : 1) Kata Zaid, "Kemudian mereka dipanggil oleh Nabi saw. untuk dimintakan ampun bagi mereka. Mereka menundukkan kepala bagaikan kayu-kayu tersandar." Kata Zaid, "Padahal mereka sebenarnya adalah para pemimpin terkemuka orang-orang munafik yang tampan." |