Hadis Sahih Muslim No. 2371 Jilid 4 Topik adalah Taubat 2371. Dari Anas r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Nabi saw. lalu berkata: "Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum. Maka tegakkanlah hukum atas diri ku (hukumlah aku)!" Kata Anas, "Ketika itu telah masuk waktu solat, maka solatlah ia berjemaah bersama-sama dengan Rasulullah saw. Setelah selesai solat dia berkata lagi kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Aku telah melanggar hukum, maka tegakkanlah hukum atas diri ku sesuai dengan Kitab Allah." Tanya Nabi saw., "Apakah engkau tadi solat berjemaah bersama-sama kami?" Jawabnya. "Ya!" Sabda Nabi saw., "Nescaya Allah mengampuni engkau." |