Hadis Sahih Muslim No. 2370 Jilid 4 Topik adalah Taubat 2370. Dari 'Abdullah r.a. katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Ya, Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersenggama. Inilah aku datang, hukumlah aku dengan hukuman apa saja yang hendak Anda jatuhkan. Maka berkata 'Umar (bin Khaththab) kepadanya, "Seandainya engkau menutup rahsia diri mu itu, nescaya Allah tidak akan menghukummu." Kata 'Abdullah, "Nabi saw. tidak membantah sedikit jua pun ucapan 'Umar tersebut." Maka berdirilah lelaki itu kemudian dia pergi. Kemudian Nabi saw. menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Lalu beliau bacakan kepadanya ayat ini: "Dan dirikanlah solat pada kedua tengah siang (pagi dan petang) dan pada bahagian pemulaan daripada malam. Sesungguhnya segala perbuatan yang baik menghapuskan (dosa) segala perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." (Hud, 114). Maka bertanya seorang anggota jemaah yang hadir. "Ya, Nabiyallah! Apakah ayat itu ditujukan khusus bagi dia saja?" Jawab Nabi saw., "Bahkan untuk seluruh umat manusia!" |