Hadis Sahih Muslim No. 2345 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2345. Dari 'Abdullah r.a. katanya' apabila hari telah petang. maka Rasulullah saw. mendoa: Amsaina wa amsal mulku lillahi wal hamdu lillah. Laa ilaaha illallahu wahdahu laa shariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Rabbi as-aluka khaira maa fi hadzihil lailati wa khaira maa ba'daha, wa a'udzu bika in syarii maa fi hadzihil lailati wa syarii ma ba'daha. Rabbi a'uzubika minal kasali, wa suu-il kibari.Rabbi a'uzu bika min 'adzabin fil qabri. (Hari telah petang dan petang pulalah seluruh kerajaan Allah. Pujian bagi Allah yang tiada Tuhan selain Dia seorang, tiada sekutu bagiNya, MilikNyalah seluruh kerajaan dan pujian dan Dia berkuasa atas segala-galanya. Wahai Allah! Tuhan ku! aku memohon kepada Engkau kebajikan pada malam ini dan kebajikan sesudahnya, dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan ku! aku berlindung denganMu dari kemalasan dan keburukan tua bangka). Dan apabila hari telah pagi, beliau mendoa pula seperti itu, menukar kata amsaina(petang hari) dengan kata ashbahna(pagi hari)." |