Hadis Sahih Muslim No. 2341 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2341. Dari Abu Musa AI Asy'ari r.a., dari Nabi saw. katanya Nabi saw. mendoa dengan doa ini: "Allahummaghfirli khathiati, wa jahli, wa israafi fi amri, wa maa anta a'lamu bihi minni Allahummaghfirli jiddi wa hazli, wa khatha-i, wa 'amdi, wa kullu dzalika 'indi. Allahummaghfirli maa qaddamtu, wa maa akhkhartu, wa maa asrartu, wa maa a'lantu, wa maa anta a'lamu bihi minni, antal muqaddimu wa antal muakhkhiru, wa anta 'ala kulli syai-in qadir ( Wahai Allah! Ampunilah kesalahan ku, kebodohan ku, keterlaluan ku dalam tindak-tanduk dan segala apa yang Engkau lebih tahu daripada ku. Wahai Allah! Ampunilah aku jika bersungguh-sungguh atau main-main , jika aku tersalah atau sengaja dan segala salahku. Wahai Allah! Ampunilah aku dosa-dosa ku yang telah lalu mahupun yang akan datang, yang ku rahsiakan maupun yang terang-terangan dan segala dosa yang Engkau lebih mengetahuinya daripada ku. Engkaulah yang mendahulukan dan Engkau pula yang mengemudiankan, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala-galanya) |