Hadis Sahih Muslim No. 2339 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2339. Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya Rasulullah saw. sering membaca doa: Allahumma laka aslamtu, wa bika aamantu, wa 'alaika tawakkaltu, wa ilaika anabtu, wa bika khashamtu. Allahumma inni a'udzu biizzatika, laa illaaha illa anta an tudhillani, antal hayyul ladzi laa yamuutu, wal jinnu, wal insu yamuutuuna. " (Wahai Allah! kepada Mu aku tunduk, dengan Mu aku beriman, atasMu aku tawakkal, kepada Mu aku kembali, kerana Mu aku berkesumat (bermusuhan). Wahai Allah! Aku berlindung dengan keperkasaan Mu , tidak ada Tuhan selain Engkau, janganlah disesatkan aku. Engkau Maha hidup dan tidak mungkin mati, sedangkan jin dan manusia semuanya mengalami mati) |