Hadis Sahih Muslim No. 2336 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2336. Dari Abu Hurairah r.a. kalanya Rasulullah saw. bersabda: 'Apabila seseorang kamu hendak tidur hendaklah dikibasnya tempat tidurnya lebih dahulu dengan hujung kainnya sambil menyebut nama Allah. Kerana kamu tidak tahu apa yang telah terjadi di tempat tidurmu selama kamu tinggalkan. Dan apabila hendak berbaring, maka berbaringlah ke rusuk kanan sambil membaca doa: Subhaallakallaahumma rabbi, bika wadha'tu janbi, wabika arf'a'uhu. in amsakta naf'si faghfirlaha, wa in ansaltaha fah-fazhha bima tahfazhu bihi 'ibadakash shaalihi( Maha Suci Engkau wahai Allah, Tuhan ku! Dengan menyebut namaMu ku baringkan tubuhku, dan dengan menyebut namaMu aku bangun. jika Engkau hendak menahan nyawaku, ampunilah dia, dan jika Engkau lepaskan dia, lepaskanlah seperti Engkau memelihara hamba-hambaMu yang soleh ) |