Hadis Sahih Muslim No. 2334 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2334. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., bahawasanya dia menyuruh seorang laki-laki ketika hendak tidur supaya membaca doa: Allahumma khalaqta nafsi. wa anta tawaffaaha. laka mamaatuha wa mahyaaha, in ahyaytaha fahfazhha wa in amattaha faghfirlaha. Allahumma inni asalukal 'aafiyah (Wahai Allah! Engkaulah yang telah menjadikan diri ku, dan Engkau pulalah yang mematikannya, dalam kuasaMu lah mati dan hidupnya. Kerana itu, jika engkau menghidupinya peliharalah dia, dan jika Engkau mematikannya ampunilah dia. Wahai Allah! ku pohon kepada Mu kesihatan yang sempurna) Lalu bertanya seorang laki-laki, " Apakah anda mendengar doa itu dari 'Umar (bin Khathab )? Jawab Abdullah "Bahkan dari orang yang lebih baik dari 'Umar, iaitu Rasulullah saw'" |