Hadis Sahih Muslim No. 2332 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2332. Dari AI Bara' bin' Azib r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila engkau hendak tidur, maka berwuduklah lebih dahulu seperti wuduk mu untuk solat, kemudian berbaringlah atas rusuk mu yang kanan, kemudian baca doa: "Allahhumma inni aslamtu wajhi ilaika, wa fawwadhtu amri ilaika. wa alja'tu zhahri ilaika. raghbatan wa rahbatan ilaika. laa maljaa wa laa manjaa minka illa ilaika. Aamantu bikitaabikalladzi anzalta. wa binabiyyikalladzi arsalta. (Wahai Allah! Aku tundukkan wajahku di hadapan Engkau, kuserahkan) Dan jangan berkata-kata lagi sesudah itu. Jika engkau mati malam itu, maka engkau mati dalam keadaan suci." |