Hadis Sahih Muslim No. 2325 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2325.Dari Abu Musa r.a. katanya "Kami berpergian bersama-sama Nabi saw. dalam suatu perjalanan. Tiba-tiba terdengar orang banyak mengeraskan suara membaca takbir. Maka bersabda Nabi saw., "Hai, manusia! Rendahkanlah hati dan suaramu! Sesungguhnya kamu tidak memanggil orang pekak dan orang jauh. Tetapi kamu memanggil Yang Maha Mendengar dan Maha Dekat, bahkan Dia bersama kamu." Ketika itu aku berada di belakang beliau membaca "Laa haula la wa la quwwata illa billah" Maka bersabda beliau, 'Ya, 'Abdallah bin Qais! Mahukah engkau ku tunjukkan kepada mu suatu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga?" Jawab ku, "Tentu, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Bacalah: Laa haula wa laa quwwata illa billah" |