Hadis Sahih Muslim No. 2318 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2318. Dari Mush'ab bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah saw. seraya berkata: "Ya, Rasulullah! ajarkanlah kepada ku kalimat (zikir) untuk ku baca." Sabda beliau, "Bacalah: 'Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillaahi katsiiran wa subhaanallaahi rabbil 'alamin, laa hawla Ku laa quwata illabillaahil 'azizil hakim'(Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Tunggal Dia, tiada sekutu bagiNya; Allah Maha Besar sempurna besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyakNya, Maha Suci Allah Tuhan semesta alam, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.), lalu kata orang itu, "Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata; yang mana untukku?" Sabda beliau, "Bacalah: Allahummaghfir li, warhamni, wahdini, warzuqni." (Wahai Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, pimpinlah aku, dan berilah aku rezeki). |