Hadis Sahih Muslim No. 2313 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2313. Dari Abu Hurairah r.a. katanya RasuluUah saw. bersabda: "Siapa membaca kalimat tahlil: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai-in qadiir, (Tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, milikNyalah kerajaan (kekuasaan) dan pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala-galanya) seratus kali dalam sehari, maka dia beroleh pahala sebanyak pahala memerdekakan sepuluh orang budak, dan dicatat untuknya seratus kebajikan, serta dihapus daripadanya seratus kesalahan (dosa), dan pada hari itu dia terpelihara dari godaan syaitan sampai petang. Dan tidak seorang pun yang melebihi amalnya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari seratus kali. Dan siapa membaca: Subhanallaahi wa bihamdih (Maha Suci Allah dan Maha Terpuji Dia) seratus kali dalam sehari, dihapus segala kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan." |