Hadis Sahih Muslim No. 2308 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2308. Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang ingin bertemu dengan Allah nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. Dan siapa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya." Lalu aku bertanya : " Apakah yang dimaksud membenci mati? Kerana kami semua benci akan mati." Jawab beliau, "Bukan begitu! Tetapi setiap orang mukmin apabila diberi khabar gembira dengan rahmat Allah, dengan keredhaan-Nya dan dengan syurga-Nya, nescaya dia ingin bertemu dengan Allah. Maka Allah ingin pula bertemu dengannya. Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan 'azab Allah dan dengan kemarahan-Nya, dia benci bertemu dengan Allah dan Allah benci pula bertemu dengannya." |