Hadis Sahih Muslim No. 2304 Jilid 4 Topik adalah ZikirDoa 2304. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu mendoa, maka janganlah mendoa dengan menggunakan kalimat: Wahai Allah! Ampunilah aku jika Engkau mahu. Tetapi hendaklah kamu mempergunakan kalimat yang sungguh-sungguh meyakinkan permohonan, serta besar jawapan (bahawa Allah Ta'ala mendengar dan mengabulkan permohonanmu). Kerana sesunguhnya Allah Ta'ala tidak pernah memberatkan-Nya memberikan sesuatu." |