Hadis Sahih Muslim No. 2289 Jilid 4 Topik adalah Ilmu 2289. Dari Abdullah bin Amr r.a. katanya: "Pada suatu hari aku bangun pagi-pagi pergi ke tempat Rasulullah saw. Maka terdengar suara dua orang lelaki berdebat mengenai sebuah ayat. Kerana itu Rasulullah saw. keluar mendatangi kami. Di wajah beliau terlihat tanda kemarahan. Lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya umat yang sebelum kamu mendapat celaka kerana mereka berselisih mengenai Kitab Allah." |