Hadis Sahih Muslim No. 2285 Jilid 4 Topik adalah Takdir 2285. Dari Aisyah, Ummul Mukminin r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. diminta orang datang menziarahi jenazah bayi orang Ansar. Lalu aku berkata, "Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung syurga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa." Jawab Nabi saw., "Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta'ala telah menyediakan bagi syurga siapa-siapa penghuninya semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka." |