Hadis Sahih Muslim No. 2276 Jilid 4 Topik adalah Takdir 2276. Dari Abu Hurairah r.a. katanya : "Rasulullah saw. bercerita bahawa Adam dan Musa pernah berbantahan. Kata Musa. "Hai, Adam! Engkau adalah bapa kami. Tetapi engkau telah mengecewakan kami kerana menyebabkan kami keluar dari syurga." Jawab Adam, "Engkau, hai Musa! Engkau telah dipilih dan diistimewakan Allah Ta'ala. Dengan kehendakNya engkau dapat bercakap-cakap dengan-Nya. Apakah kamu menyesali ku kerana urusan yang telah ditakdirkan Allah atas ku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan-Nya?" Sabda Nabi saw., "Demikianlah Adam dan Musa saling berbantah." |