Hadis Sahih Muslim No. 2273 Jilid 4 Topik adalah Takdir 2273. Dari Hudzaifah bin Asid r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : "Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datanglah malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Ta'ala, "Ya, Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?" Maka ditulisnya salah satu di antara keduanya. Tanya, "Apakah dia lelaki atau perempuan?" Maka ditulisnya salah satu di antara keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian bukunya dilipat, tidak ditambah dan tidak dikurangi." |