Hadis Sahih Muslim No. 2272 Jilid 4 Topik adalah Takdir 2272. Dari Abdullah r.a. katanya: "Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga." |