Hadis Sahih Muslim No. 2263 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2263. Dari Abu Hassan r.a. katanya dia bertanya kepada Abu Hurairah r.a. "Aku kematian dua orang anakku. Dapatkah anda menceritakan kepada ku hadis Rasulullah saw. yang dapat mengubati hati kami atas kematian anak-anak kami itu?" Jawab Abu Hurairah. Nabi saw. pernah bersabda: "Ya, anak-anak tersebut selamanya menjadi penghuni syurga. Salah seorang dari mereka datang menemui bapanya, atau kedua orang tuanya lalu dipegangnya baju atau tangan orang tuanya seperti aku memegang ujung bajumu ini. Maka tidak dilepaskannya, atau dia tidak berhenti memegang, sehingga Allah Ta'ala memasukkannya bersama bapanya ke syurga." |