Hadis Sahih Muslim No. 2257 Jilid 4 Topik adalah Kebajikn 2257. Dari Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: "Pada suatu hari seorang perempuan beserta dua orang anak perempuannya datang lalu dia meminta kepada ku. Sayang sekali aku tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya sebuah kurma, lalu ku berikan kepadanya. Dia mengambil pemberianku itu dan membaginya dua untuk kedua anaknya. Sedang dia sendiri tidak makan apa-apa. Kemudian perempuan itu berdiri lalu pergi dengan kedua anaknya. Setelah Nabi saw. tiba, ku ceritakan kepada beliau peristiwa kedatangan perempuan itu. Beliau bersabda, "Siapa mendapat cubaan (kesulitan, kesusahan,kemiskinan,dan sebagainya) dalam memelihara/merawat anak-anaknya, tetapi dia tetap berusaha merawat mereka sebaik-baiknya, maka semua cubaan itu menjadi dinding baginya dari neraka." |